Skip to main content

Doakan orang lain untuk berjaya

Assalamualaikum

Dekat dunia ni siapa je yang taknak berjaya kan. Semua mesti ada impian nak berjaya dalam pelbagai perkara. Kali ni irahssi nak share satu perkara yang selalu saya buat sebagai orang islam untuk berjaya atau untuk dapatkan sesuatu perkara. 

Caranya ialah doa. Kat sini irahssi nak tekankan pasal doa je sebab kalau korang cari cara nak berjaya, dah tentu banyak yang korang boleh jumpa dan kebanyakannya sama kan. Tapi irahssi nak share tips atau boleh dikatakan perkara yang irahssi selalu buat sebagai seorang muslim.

Doa bukan setakat doa je guys tapi saya nak highlight yang kita kalau nak doa, doakan untuk orang lain jugak. Contoh tiap kali lepas solat korang doa semoga diampunkan dosa, diberikan kesihatan, kejayaan dan lain lain. Jadi dalam doa korang, sebutkan sekali orang lain seperti ibu ayah, adik beradik, rakan, guru, jiran dan seluruh umat islam di dunia. 

InshaAllah akan ada kelebihannya dan dalam masa yang sama korang dapat pahala mendoakan orang lain. Dulu masa zaman sekolah dan kolej, irahssi akan doakan kejayaan irahssi dan rakan rakan selepas usaha jika menghadapi peperiksaan, presentation atau apa apa perkara yang irahssi buat.

Sebagai contoh pengalaman irahssi, irahssi ni boleh dikatakan seorang yang agak malas study dan selalu last minute buat assignment dan study tak kira lah zaman sekolah dan kolej, memang sama je perangai tapi irahssi kalau dah study, memang study bebetul sebab dah last minute kan, sampai tidur dengan buku huhu.

Tapi satu je irahssi tak lupa, irahssi akan doakan kejayaan irahssi dan kawan kawan irahssi jugak. Alhamdulillah takde lagi peperiksaan irahssi gagal di zaman persekolahan dan masa zaman kolej setiap semester irahssi dapat pointer 3.5 ke atas. Tapi bab perangai buruk irahssi korang jangan ikut pulak ye yang malas dan last minute tu, ambik yang baik je okay.

Jadi irahssi harap korang jangan lupa berdoa untuk diri sendiri dan orang lain ye lepas dah usaha dan buat semua cara yang korang dah google dan search ye. Selamat berjaya korang dan tolong doakan semoga irahssi berjaya di dunia dan akhirat.

Ni contoh doa yang selalu irahssi baca selepas solat 😊

Terima kasih sudi baca korang dan semoga bermanfaat. Maafkan irahssi kalau ada terkasar bahasa atau tersilap.

Comments